Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

BUDAYA KORPORAT

BUDAYA KORPORAT


MOTO

KAMI SEDIA MEMBANTU

KAMI - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

SEDIA - Sentiasa bersiap-sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.

MEMBANTU - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.


                                   


Latar Belakang Putih

> Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas.

Sentuhan Di Hati

> Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

Hati Berwarna Merah

> Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Tangan

> Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.

Nilai-nilai Teras

> Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.


:: JANJI KAMI ::

Kami Sedia Membantu

 ~ Kami Komited terhadap keperluan anda

Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.

~ Kami melaksanakan apa yang dirancang

Menjanjikan anda terhadap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.

~ Kami berdedikasi terhadap tugas

Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.


:: NILAI-NILAI TERAS ::

Penyayang

Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh prihatin. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan-santun, responsive dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Profesionalisme

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat. 


Kerja Berpasukan

Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.




No comments:

Post a Comment